MODUL PROGRAM PENSIJILAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)


Modul A: Kursus berbayar (melalui yuran pelajar) – Rujuk UPaL

Sasaran Peserta: Semua Pelajar UTHM yang kemasukan bermula pada Semester 1 Sesi 20232024 layak mendapatkan sekurang-kurangnya satu (1) Sijil Profesional atau Sijil Kompetensi yang ditawarkan oleh FKMP sepanjang pengajian sebagai nilai tambah dalam sijil akademik pelajar (dengan menggunapakai yuran pensijilan pelajar terhad kepada RM500/pelajar).
*bergantung kepada program pengajian pelajar. Sila rujuk bahagian akademik di Fakulti masing-masing.


Modul B: Kursus berbayar (persendirian/tajaan luar)

Sasaran Peserta: Semua pelajar dan graduan (mengikut ketetapan syarat kursus)
*pelaksanaan mengikut kaedah/urusetia masing-masing. Hanya penghantaran laporan kursus yang dilaksanakan kepada UPaL bagi perekodan dan surat lantikan.


Modul C: Kursus percuma (tiada bayaran)

Sasaran Peserta: Semua pelajar dan graduan (mengikut ketetapan syarat kursus)
*pelaksanaan mengikut kaedah/urusetia masing-masing. Hanya penghantaran laporan kursus yang dilaksanakan kepada UPaL bagi perekodan dan surat lantikan.

TAWARAN PROGRAM PENSIJILAN PROFESIONAL DAN KOMPETENSI

A. PENSIJILAN FKMP
Kursus pendek bertaraf Pensijilan Profesional dan Kompetensi yang ditawarkan dibawah FKMP. Terbuka kepada semua pelajar dan Alumni UTHM, pelajar luar dan industri. Senarai kursus-kursus tersebut boleh dirujuk dipautan berikut:
>>> PENSIJILAN FKMP <<<

B. PENSIJILAN LUAR
Kursus dan latihan bertaraf Pensijilan Profesional dan Kompetensi yang ditawarkan oleh organisasi luar (tidak melalui FKMP). Terbuka kepada semua pelajar dan Alumni UTHM, pelajar luar dan industri. Senarai kursus-kursus tersebut boleh dirujuk dipautan berikut:
>>> PENSIJILAN LUAR <<<

TAKWIM KURSUS PENSIJILAN DAN LATIHAN FKMP

Bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan kursus-kursus pensijilan dan latihan dibawah FKMP mampu disertai oleh pelajar mengikut jadual kuliah dan cuti dalam semester pengajian, pelajar boleh merujuk senarai kursus pensijilan beserta tarikh di takwim berikut:

Unit Pensijilan dan Latihan (UPaL)
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia
Tel: +6074537703 || Fax: +6074536080 || Email: upal@uthm.edu.my